LELAKI OH LELAKI
- Lelaki sebenarnya lebih mudah terpikat dengan wanita yang berpersonaliti dan berketrampilan berbanding dengan kecantikan yang dimilikinya.
- Lelaki amat tidak suka jika kekasihnya digoda atau dikacau oleh lelaki lain.
- Soalan yang paling kerap ditanya oleh lelaki semasa perbualan di telefon dengan teman wanitanya: Awak sedang buat apa tu? Awak dah makan ke belum?
- Kebiasaannya seorang lelaki sibuk tentang kerjayanya tetapi sebelum waktu tidur pasti dia akan memikirkan terlebih dahulu mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
- Lelaki akan mempedulikan segala karakter negatif yang ada pada wanita jika dia sudah benar-benar menyayangi teman wanitanya.
- Lelaki mudah membuat seribu satu kesimpulan apabila seorang wanita memberikannya satu senyuman yang manis.
- Demi mendapatkan perhatian seorang wanita, lelaki sanggup melakukan apa sahaja.
- Lelaki tidak suka dan benci apabila teman wanitanya menceritakan tentang bekas kekasihnya.
- Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit kemudian terus melupakan mereka.
- Keseriusan perhubungan benar-benar akan terpancar apabila lelaki telah bersedia untuk menemui ibubapa teman wanitanya.
- Lelaki juga akan menangis tetapi amar sukar untuk melihat mereka menangis.
- Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cintanya, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
- Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nak beritahu awak ni… mmm.. tapi takpe la”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
- Lelaki amat suka apabila teman wanitanya membuat sentuhan dan belaian manja.
- Bila berhadapan dengan wanita yang mereka suka, lelaki akan menjadi gagap.
- Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok… takpe… cuba lagi esok.’
- Lelaki amat menyayangi ibu mereka.
- Lelaki sanggup mengorbankan waktu makan semata-mata untuk memberikan bunga kepada teman wanitanya.
- Sifat dalaman lelaki sukar ditelah melainkan jika ada wanita yang menjadi pendengar setia.
- Sebelum meneruskan hubungan dengan serius, ambillah masa yang panjang sedikit untuk menguji kepercayaan hati seorang lelaki.
- Sifat lelaki lebih terbuka berbanding wanita untuk menceritakan tentang hal-hal peribadi mereka.
- Lelaki amat suka jika ada wanita yang mengambil berat mengenai cara pemakaian mereka.
- Lelaki tidak suka teman wanitanya mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
- Lelaki akan berasa risau jika hadiah yang mereka belikan tidak disukai oleh teman wanita.
- Lelaki lebih banyak berfikir dalam membuat sesuatu keputusan.
- Kemampuan imaginasi lelaki cukup tinggi. Mereka boleh membayangkan apa sahaja.
- Ketinggian wanita adalah kurang penting, apa yang lebih penting ialah berat mereka.
- Lelaki sukar untuk melepaskan kekasihnya apabila perhubungan cinta mereka sudah melebihi 3 tahun.
- Lelaki memang tidak suka dengan wanita yang bersifat materialistik.
- Lelaki memerlukan sokongan yang kuat dari teman wanitanya jika dia ingin melakukan sesuatu perubahan.
- Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius maka berikanlah perhatian yang sepenuhnya.
- Perkara yang paling disukai oleh lelaki ialah wanita yang pandai memasak.
- Lelaki boleh memalukan seseorang wanita jika dia dapati wanita itu terlalu sombong.
- Lelaki belajar mengenai cinta menerusi pengalaman dan bukannya seperti wanita melalui pembacaan novel.
- Lelaki paling tidak suka bila mendapati kekasihnya keluar bersama lelaki lain secara berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
- Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
- Lelaki memang tidak suka dengan perempuan yang terlampau mengada-ada.