Saturday 3 December 2011

RAHSIA FIZIKAL LELAKI

Golongan lelaki dicipta oleh Tuhan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding dengan wanita. Dari zahir dan batin, lelaki memang berbeza dari perempuan, apatah lagi tingkah laku dan percakapan mereka, perbezaan antara mereka amat ketara sekali.

Sering kedengaran perbualan antara sesama wanita yang suka membandingkan teman lelaki masing-masing. “Boyfriend I lebih tinggilah...” “Boyfriend I lebih cun...” dan sebagainya. Dari situ, dapat disimpulkan wanita suka membandingkan teman lelaki dari segi fizikal sahaja. Lantas, golongan hawa ini suka menyingkap rahsia fizikal lelaki untuk mengetahui lebih mendalam mengenainya.

Secara umumnya, wanita dikatakan lebih cepat kelihatan tua berbanding lelaki. Kulit mereka cepat berkedut dan membayangkan mereka kelihatan lebih tua walaupun usianya lebih muda daripada seseorang lelaki. Kerana itulah, wanita banyak menghabiskan wang ringgit membeli produk kecantikan untuk mengatasi masalah imej mereka yang paling serius ini.

Antara Kulit Lelaki dan Kulit Perempuan
Apakah rahsia lelaki? Sebenarnya, lelaki memiliki kulit yang lebih tebal daripada kulit wanita. Dan, kulit yang lebih tebal mempunyai rintangan yang tinggi terhadap masalah kulit berkedut dan kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang mendatangkan kemudaratan pada kulit.

Bagaimanapun, keadaan ini tidaklah bermakna lelaki memiliki kulit yang positif sepanjang hayat mereka. Kajian saintifik menunjukkan golongan lelaki yang berusia 30 tahun dan ke atas akan menghadapi masalah kulit seperti mana teman wanita mereka. Kulitnya akan bertambah sensitif kepada segala pencemaran mahupun tekanan hidup. Dengan alasan itulah, lelaki hari ini juga mengambil langkah awal menjaga kulit mereka dengan menggunakan produk penjagaan kulit.

Lelaki Lebih Kuat
Walaupun ramai wanita melibatkan diri dalam sukan bina badan terutamanya di negara-negara barat namun mereka  tidak akan dapat menandingi golongan lelaki dalam bidang tersebut. Ini kerana lelaki secara semulajadinya memiliki lebih banyak tisu otot berbanding wanita. Itu adalah pemberian Tuhan kepada lelaki. Berlawanan pula dengan wanita yang memiliki lebih banyak tisu lemak daripada lelaki dalam tubuh badan mereka. Berdasarkan kepada hormon dan genetik, tubuh badan lelaki hanya mengandungi 15% kandungan lemak berbanding wanita ialah 25%. Manakala, kandungan tisu otot lelaki ialah 40% dan wanita pula ialah 23%.

Perbezaan ketara ini menyebabkan golongan lelaki mempunyai kekuatan fizikal yang lebih daripada wanita. Gambaran jelas dapat dilihat melalui sukan yang lebih menyebelahi lelaki. Bagaimanapun, lelaki kurang tabah dan cekal walaupun memiliki tisu otot yang banyak berbanding wanita.

Lebat dan Botak
Bila membincangkan bahagian kandungan bulu lelaki pula, para saintis bersependapat lelaki memiliki lebih banyak bulu daripada golongan hawa. Sedangkan golongan hawa memiliki kandungan bulu yang lebih halus dan lembut, bulu lelaki pula lebih tebal dan kasar. Tumbuhan bulu pada lelaki juga berbeza denga wanita. Contohnya, terdapat segolongan lelaki yang memiliki bulu di bahagian dada mereka terutamanya lelaki barat. Ini juga sama berlaku pada tumbuhan rambut pada lelaki.
Namun, apa yang melucukan hati ialah sesetengah lelaki terlalu sibuk mencukur misai dan janggut (bulu) di bahagian muka tapi pada masa yang sama mereka terlalu bimbang dengan masalah pengguguran rambut.

Si lelaki yang memiliki bulu yang lebat di seluruh tubuh dan rambut yang tebal dianggap lelaki yang sejati. Golongan lelaki sebegini sering mendapat perhatian yang lebih dari wanita kerana selain dianggap sejati, mereka juga dapat memberi suatu macam perasaan batin terhadap wanita.

Menurut kajian para pakar rambut menunjukkan pengguguran rambut yang berpanjangan disebabkan oleh keturunan seseorang dan juga faktor usia. Kandungan hormon lelaki yang tinggi menyebabkan pertumbuhan rambut yang nipis.

Namun, para saintis belum dapat mengesahkan bagaimana masalah testosterone boleh menyebabkan pengguguran rambut. Kata mereka, faktor ketara yang mereka ketahui selain usia ialah keturunan. Jika datuk seseorang lelaki yang pernah mengalami pengguguran rambut yang sama bila usianya menjangkau 40 tahun. Mereka juga berpendapat seseorang lelaki yang berusia 35 tahun menghadapi masalah rambut gugur akan hilang ke semua rambutnya dalam lima tahun berikutnya.

Kredit : Rizalman Abdullah