Wednesday, 30 November 2011

SEKS DAN JANTUNG


Hasil satu kajian di Britain mendapati bahawa lelaki yang mudah terangsang nafsunya untuk melakukan seks, lebih lama jangka hayat hidupnya. Kajian ini telah dilakukan oleh 1000 orang lelaki di Wales. Dapatan kajian juga menunjukkan aktiviti seks yang kerap dilakukan menyebabkan perubahan hormon yang boleh melindungi dan menjaga kualiti otot jantung seseorang. Seks itu sebenarnya adalah satu aktiviti yang sihat. Tapi kamu harus ingat, ianya mesti diikati menerusi tali perkahwinan yang sah.

Dapatan kajian yang dilakukan oleh Persatuan Jantung Amerika pula menunjukkan bahawa bagi mereka yang kurang melakukan aktiviti senaman akan lebih mudah terdedah dengan masalah penyakit Kardiovaskular. Ini bermakna kurang senaman sama beratnya dengan mereka yang merokok, menghidap tekanan darah dan kolesterol yang tinggi. Kajian tersebut mencadangkan, aktiviti ringan seperti berjalan kaki selama 30 minit (3 kali seminggu) dapat membantu mengurangkan risiko diserang sakit jantung.

Antara Aktiviti Bersenam Yang Baik Untuk Meningkatkan Prestasi Seks ialah :

BERBASIKAL
Membentuk kaki dan punggung. Sesetengah bahagian atas badan turut mendapat maanfaat seperti lengan dan otot bahu semasa kita mengendalikan handle basikal dan di atas tempat duduk.

BERENANG
Memperbaiki otot-otot sekitar tubuh, lengan, bahu dan kaki. Meningkatkan kecergasan aerobik apabila kita berenang dengan pantas dan membina stamina.

BERJALAN
Mengukuhkan paha, otot-otot betis dan punggung. Berjalanlah sejauh 2KM sebanyak 3 kali seminggu sambil menghayun tangan kerana ia dapat memperbaiki kecergasan aerobik kita.

TENIS
Semakin kerap kita bermain semakin banyak manfaat kesihatan yang kita terima.
Bermain tenis dapat menguatkan otot-otot bahagian lengan, bahu, dada, pinggang dan belakang.

JOGGING
Menggerakkan otot-otot kaki. Amalkanlah berjogging pada masa yang tetap dan kita akan lihat perubahan besar pada stamina dan kekuatan otot kaki kita.