Monday, 28 November 2011

SAYANGILAH DIRI SENDIRI




Kebanyakan di antara kita selalunya sering memikirkan perkara-perkara negatif berbanding kelebihan-kelebihan  istimewa yang dimiliki.  Oleh kerana terlalu asyik memikirkan perkara-perkara yang negatif sahaja maka tidak hairanlah kehidupan kita tidak akan disulami dengan cahaya kegembiraan. Bila tekanan mula menguasai diri maka produktiviti kerja dan kehidupan sosial kita akan mula terganggu.

Di bawah ini terdapat beberapa cara yang boleh diikuti dalam meningkatkan kualiti kehidupan kita agar menjadi ceria dan lebih produktif.

Luangkan Masa untuk Memanjakan Diri. Peruntukkan 1 hari duduk di rumah berseorangan. Manjakan diri dengan mandi di tub air panas  sambil menggunakan sabun atau pewangi-pewangi yang boleh menyegarkan badan.

Selalu Yakin dengan Kebolehan Diri. Berdiri di hadapan cermin besar dan lihat diri kita. Lakukannya setiap hari dan berlatih bercakap di hadapan cermin “Saya Cantik atau Kacak. Saya suka menjadi diri saya”.

Rehat. Berhenti sejenak di taman bunga sambil mendengar burung berkicau-kicauan dan melihat pergerakan awan di celah-celah daun pokok dapat mengembalikan ketenangan fikiran.

Melakukan Senaman. Senaman-senaman seperti berjogging, yoga, latihan bebanan di gym dan sebagainya amat baik untuk mengeluarkan hormon endorphins agar menjadikan tubuh badan kita sihat dan cergas.

Berhenti Menyalahkan Diri Sendiri. Setiap perkara yang kita tempuhi dalam hidup ini adalah pengalaman yang sangat berharga. Belajarlah dari kesilapan. Setiap kesalahan dan kesilapan kita itulah akan dapat mematangkan setiap perilaku dan tanduk kita.

Buat Apa Sahaja Perkara Yang Kita Suka.  Jika kamu minat untuk Menonton Wayang atau Belajar di Kelas Masakan. Pergilah. Ikut kata hati itu agar impian kita akan menjadi kenyataan.

Melakukan Terapi Alternatif. Sekali-sekala lakukan rawatan seperti refleksologi, akunpuntur, urutan Bali, shiatsu dan sebagainya.

Pemeriksaan Kesihatan. Buat temujanji dan lakukan pemeriksaan kesihatan dengan Pegawai Perubatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Percayalah cakap saya bahawa tubuh badan kita akan mengucapkan Terima kasih kepada kita.

“Everything in Nature contains all the powers of Nature. Everything is made of one hidden stuff.” – Ralp Waldo Emerson