Saturday, 26 November 2011

PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan Rumahku Syurgaku. Berikut adalah beberapa petua khusus buat isteri solehah...

1.     Selalu berdoa kepada Allah SWT agar suami sentiasa menyayangi kita. Tegur, sentuh suami dan tinggalkan kerja-kerja lain sewaktu dia pulang dari kerja.

2.     Berikan keprihatinan dengan bertanya  secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari. (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar mendengar dengan baik dan bertanya dengan hemah. Suami akan suka bila isterinya memberi perhatian dan jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami.


3.     Peruntukkan sedikit masa yang benar-benar berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk bersama suami.

4.     Buat kejutan dengan membelikan hadiah yang disukai oleh suami sebagai tanda cenderahati, sayang atau untuk memujuk.

5.     Sekali-sekala cuba hidangkan masakan yang menjadi kegemaran suami.

6.     Berikan pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya sewaktu dia ingin keluar berkerja.

7.     Tunduk dan diam bila suami dalam keadaan marah. Cepat-cepat pujuk suami apabila dia mula berkecil hati.

8.     Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutamanya apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.

9.     Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta dengan ikhlas dan gembira. Janganlah pula mengungkit atau banyak memberi komen.

10.  Ucapkan kata-kata sayang yang romantik kepada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11.  Tumpukan perhatian sepenuhnya tatkala suami sedang bercakap. Kalau boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan di ketika itu.

12.  Tunjukkan sikap manja anda dengan penuh kasih sayang memeluk suami sebanyak 7 kali sehari.

13.  Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu perkara yang  memerlukan penelitian.

14.  Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang memerlukan bantuan. Berikanlah pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

15.  Jadilah isteri yang sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

16.  Berikanlah layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar ‘dating’ atau ‘berbulan-madu’ di tempat-tempat percutian yang menarik.

17.  Hantar SMS atau kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

18.  Belai dan urut-mengurut suami dari semasa ke semasa terutamanya apabila melihat suami dalam keletihan.

InsyaAllah jika kita amalkan petua-petua di atas ini sedikit sebanyak akan dapat membantu mengembalikan semula kemanisan berumahtangga.