Wednesday 30 November 2011

SEKS PENTING BUAT SUAMI

Sikap memandang ringan terhadap seks oleh kebanyakkan isteri boleh mengundang kepada krisis hidup berumahtangga. Selain faktor wang dan komunikasi, seks juga ialah salah satu daripada 3 isu yang menjadi punca kepada masalah suami isteri.

Seks yang dikatakan sempurna ialah apabila kedua-dua belah pihak mendapat nikmat dan kepuasan bersama. Jika seks yang dilakukan hanya semata-mata untuk memuaskan sebelah pihak sahaja, maka ianya boleh menjejaskan seluruh perhubungan antara pihak suami dan isteri.

Langit tidaklah selalu cerah. Begitulah juga halnya dalam melayari bahtera rumahtangga. Adakalanya akan berlaku masalah dalam perhubungan suami isteri.  Cara yang baik untuk mengalihkan perhatian masalah tersebut ialah dengan menyeronokkan kembali semula aktiviti seks. Seseorang isteri haruslah bijak memberikan seks yang boleh menyeronokkan agar dapat membuka pintu hati dan menikmati ekspresi kasih sayang suami.

Seorang isteri yang tidak bersedia untuk memberikan seks yang memuaskan maka amatlah sukarlah bagi dia untuk menikmati kehangatan kasih sayang suami. Walaupun isteri bertungkus-lumus memuaskan nafsu seks suami ini tidak bermakna dia tidak mendapat nikmat dan faedah daripadanya.

Suami akan berasa lapang dadanya dan menjadi seorang yang pemurah dalam memberi kasih sayang seandainya dia menerima layanan seks yang memuaskan dari isterinya. Jika kedua-dua belah pihak dapat menikmati kepuasan seks yang  baik maka akan terpancarlah sikap-sikap positif melalui cara percakapan dan layanan masing-masing. Hati seorang isteri juga akan menjadi lebih lembut apabila dia mendapat kepuasan seks. Selamat Tinggal “QUICKIE SEKS”.