Thursday, 29 December 2011

TANDA-TANDA LELAKI TIDAK PUAS HATI DENGAN ISTERINYA


“Apabila seseorang suami mulai berasa bahawa perkahwinannya tidak lagi memuaskan dia akan kurang bercakap dan mulai menyalahkan diri secara fizikal daripada isterinya”.


Apabila seseorang suami mulai berasa bahawa perkahwinannya tidak memuaskannya, maka akan timbul tanda-tanda dia menjauhkan diri.

Antara tanda-tanda yang paling awal ialah dia banyak diam dan kurang berbual-bual dengan isteri. Percakapannya semakin kurang. Perkara-perkara tertentu tidak disebut sama sekali.

Dia juga tidak mahu memulakan percakapan dengan isteri. Apabila bercakap, mereka seperti tidak kenal lagi antara satu sama lain.

Sekiranya keadaan ini tidak dipulihkan, keretakan itu akan masuk ke dalam fasa yang lebih serius. Dia bukan sekadar banyak diam dan tidak banyak bercakap.

Dia mula menjauhkan dirinya secara fizikal daripada si isteri. Sebagai contoh, dia mula mencipta kerja yang banyak, iaitu supaya dia selalu sibuk. Dengan cara itu dia mempunyai alasan tidak dapat bersama isteri.

Dia juga mungkin pula mengambil hobi daripada jenis yang isterinya tidak dapat ikut serta, seperti memancing, memikat burung, berburu, bermain ragbi dan macam-macam lagi hobi lelaki.

Dia mungkin mula sanggup menerima tugas-tugas baru dan tanggungjawab tambahan di tempat kerjanya, atau terhadap jiran dan kenalan, atau mana-mana pertubuhan.

Dia mula sengaja tidak memberi perhatian kepada percakapan isterinya. Bila ditanya, dia lambat menjawab. Gerak-geri badannya juga menunjukkan dia tidak lagi berminat kepada isterinya..

“Isteri perlu belajar berkomunikasi dengan suaminya dengan menggunakan gaya bahasa yang akan merapatkan semula jurang emosi antara mereka”.

Malah dia sering ‘lupa’ pada banyak perkara berkenaan hubungan antara dia dan isteri, seperti dia ‘lupa’ hari valentine, hari ibu, hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau hari jadi ibu mertuanya dan macam-macam lagi peristiwa penting.

Yang paling ketara ialah dia tidak lagi membuat rancangan tentang masa depan bersama. Dia tidak ada rancangan hendak membawa isterinya makan sate minggu depan atau balik kampung atau bercuti. Kalau diajak membuat rancangan oleh si isteri, jawapannya serba tidak pasti.

Dalam menghadapi suami yang sudah menunjukkan tingkah-laku menjauhkan diri, isteri perlu belajar berkomunikasi dengan suami menggunakan gaya yang merapatkan semula jurang emosi antara mereka berdua.

Sumber : Abdullah Hassan

Wednesday, 28 December 2011

PAYUDARA TEGANG DAN MONTOK

Kepada : Para Wanita Hampa Di Luar Sana (013-7278280 IZA)
Ramai yang mengalami masalah seperti kurang keyakinan diri, rasa cemburu kerana mempunyai payudara yang leper dan kendur. Bayangkan, nafsu suami yang melihat anda dalam keadaan kurang bermaya macam tu. Sudah pasti datang perasaan kurang yakin dan boleh menyebabkan lain-lain masalah seperti kemurungan akibat perkara-perkara berikut. Sudah pasti anda menginginkan yang terbaik buat para suami kan.
“Fuhh... body solid, barang baik” – Pernah rakan-rakan office atau kata-kata nakal lelaki-lelaki di luar sana yang memuji wanita lain kerana mempunyai ‘barang baik’? Pasti anda rasa kecil hati dan menyampah mereka memuji, menoleh dan merasai kehadiran wanita lain yang lebih seksi di depan mata anda.  Walaupun tubuh badan anda hanya lah buat sang suami, namun, ini adalah lumrah dan naluri lelaki yang menginginkan sesuatu yang indah di mata mereka.
Itu belum lagi bila anda keluar shopping dengan suami. Mata beliau melilau memandang wanita lain yang mempunyai payudara yang besar dan punggung yang montok. Kenapa? Sebab ini lah masanya beliau nak cuci mata kerana kecuaian anda untuk tidak memberi yang terbaik kepada beliau. Ya! Walaupun tidak semestinya para suami berkahwin untuk mendapatkan kepuasan-kepuasan tersebut, namun tidak menjadi salahnya untuk anda memberi kepuasan kepada si suami. Yang pastinya akan terbeliak biji mata melihat kecantikan isterinya..Rumah tangga anda pun boleh bertukar menjadi bahagia dan ceria kerana tiada lagi rasa cemburu, kurang keyakinan dan kurang kepuasan.
Nak tahu cara untuk mendapatkan payudara idaman anda dan kulit yang licin dan menawan??

Produk ini mampu menjadikan anda
                Mempunyai payudara yang lebih besar, montok dan tegang
                Menukar size bra anda kepada cup C
                Payudara tegang dan ‘terletak’ walaupun ketika anda baring
bukan itu sahaja, malah produk Tanyaporn ini yang mempunyai kandungan Pueraria Mirifica yang tinggi mampu menjadikan anda lebih lengkap dengan hasil-hasil berikut :
                Anti-kanser – Ia membantu mengurangkan osteoporesis, kanser prostat dan kanser-kanser yang berkaitan dengan hormon
                Anti-penuaan – Kulit lebih tegang dan licin.
                Mencantikkan , menegangkan dan memutihkan kulit.
                Melancarkan aliran darah dan membuatkan anda bertenaga dan segar sepanjang hari
Kini….anda juga mampu menyelesaikan masalah yang sering menghantui anda ingin dengan mendapatkan produk ini. Produk Tanyaporn ini ternyata berbaloi untuk anda miliki dan bakal meghapuskan masalah-masalah anda
                Anda akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan rakan-rakan wanita. “Aku pun ada…sambil tersenyum  “
                Tiada lagi cemburu ketika keluar bershopping, silap-silap suami sayang nak bawa keluar
                Kepuasan buat anda suami isteri
                Suami mungkin tak ambil kisah dengan size payudara anda sebelum ni. Nahh!! Hadiah buat beliau yang sentiasa menjaga nafsu ketika hadapi dugaan di luar
Tiada lagi leper dan kendur dalam kamus hidup anda!

Friday, 23 December 2011

MENGELAKKAN PENCERAIAN


9 TIPS MENGELAKKAN PENCERAIAN

Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Namun, harapan saja tidak mencukupi, mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Justeru ada banyak cara  yang diketengahkan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri ini. Ia harus  dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkala ini anda sedang berbahagia.


Di bawah disenaraikan tips berkesan untuk menghindari penceraiaan.

1. KOMUNIKASI 2 HALA 
Biasakan diri untuk saling berkomunikasi antara pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

2. KETERBUKAAN TENTANG MASALAH SEKS 
Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja. Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda. Begitu juga sebaliknya.

3. MENERIMA PASANGAN SEADANYA 
Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri. Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya . Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik. Antaranya seperti perbezaan  persepsi, wawasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya  boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

4. JANGAN BIASAKAN BERBOHONG 
Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan? Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang dengan pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama-kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

5. JANGAN CEMBURU BERLEBIHAN 
Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka. Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua dengan rakan sekerja wanitanya tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

6. HINDARI KECURANGAN 
Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tetapi tidak didengari. Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu  dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk dihindari atau disingkirkan.

7. CARI ORANG TENGAH 
Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cari ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

8. TETAP MESRA 
Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecapi ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

9. PASRAH KEPADA YANG ESA 
Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang  membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.

Sumber : Iklan Utusan Malaysia

Thursday, 22 December 2011

MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH SWT


Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

  1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
  5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BEST!~
Sumber : Sebutir Mutiara Seindah Wanita

JODOH PERTEMUAN

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



10 PETANDA DIA JODOH KITA

  1. BERSAHAJA Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 
  2. SENANG BERSAMA Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
  3. TERIMA KITA SEADANYA Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
  4. SENTIASA JUJUR Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
  5. PERCAYA-MEMPERCAYAI Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?. Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperolehi kedua-duanya. 
  6. SENANG BEKERJASAMA Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
  7. MEMAHAMI DIRI KITA Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Dikala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit,” inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini dikala suka dan duka, disaat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
  8. TAMPILKAN KELEMAHAN Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
  9. KATA HATI Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
  10. SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKKAL Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat pentunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatah keputusan sebaiknya, Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sumber : Artikel iluvislam.com

Tuesday, 20 December 2011

RENUNGAN UNTUK ISTERI


Hadis Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan dengan penuh cinta dan kasih, maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka.”

(Riwayat : Maisarah, Ali daripada Abu Said Al-Hudri)


Hadis Rasulullah SAW yang lain menjelaskan :

“Jika seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakan masuk ke syurga dari pintu mana saja ia suka.”

(Riwayat : Ahmad dan Thabrani)


Rasulullah SAW bersabda lagi :

“Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya padahal suaminya tidak senang.”

(Riwayat : Hakim)


Rasulullah SAW bersabda :

“Setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.”

(Riwayat : Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sunday, 18 December 2011

MEMBANTU ISTERI

…JUGA PAHALA YANG DICARI.



“Jika dahulu, si suami berhempas pulas mencari rezeki di luar rumah dan isteri berkeringat menjaga anak-anak di rumah dan menyediakan makanan, sekarang suami dan isteri masing-masing sibuk di luar rumah mencari rezeki dan mendapat kemewahan. Di rumah, mereka keliru siapa yang harus membesarkan anak dan menyiapkan makanan. Sebab itu suami harus membantu di rumah, jika isteri bekerja. Membantu isteri juga adalah pahala yang dicari, tuan.” – Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Saturday, 17 December 2011

10 ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA


  1. Berkongsi tanggungjawab 
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.
  2. Pasangan teman teristimewa
 Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.
  3. Rancang masa depan
 Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.
  4. Komunikasi yang baik 
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.
  5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
 Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.
  6. Mengukuhkan kewangan 
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
  7. Selesaikan konflik
 Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik. Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.
  8. Hubungan seks
 Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.
  9. Tabah & sabar
 Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.
  10. Santai bersama
 Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.
Sumber : Email

PETUA RUMAH TANGGA BAHAGIA

BAGI YANG TELAH BERUMAHTANGGA, CETAK HALAMAN INI DAN LEKATKAN DI DINDING BILIK UNTUK DIBACA BERSAMA-SAMA SUAMI DAN ISTERI.

  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
OLEH : USTADZ ASMUNGI SIDEK

Thursday, 15 December 2011

SEKS ONLINE


KETAGIH CYBERSEX BOLEH MENURUNKAN AKTIVITI SEKSUAL

Hampir 6.5 peratus lelaki pengguna internet ternyata merupakan penggemar cybersex yang memiliki fantasi seks online., sangat tinggi sehingga berpotensi mengganggu kehidupan offline mereka (sebenar).



Begitulah hasil sebuah kajian yang diumumkan di San Francisco, Amerika Syarikat. “Kami mendapati ramai yang menggunakan internet untuk aktiviti seksual terutama melihat gambar bogel dan cerita-cerita erotik. Kami menjalankan kajian sejauh mana hal itu mengganggu kehidupan mereka,” ujar Dr. Al Cooper pemimpin kajian dari Marital and Sexuality Center, San Jose, California. Cooper, yang telah beberapa kali mengetuai penyelidikan dunia seks di internet, mengatakan kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti mereka yang berisiko mengalami ketagihan cybersex. Setelah anggaran dibuat dari 40,000 jawapan dan pendapat yang dikirimkan ke laman web MSNBC, Cooper mendapati dari 7000 responden lelaki, sebanyak 384 mengakui memiliki masalah aktiviti seksual online. Responden kelompok kecil itu mengakui bahawa mereka tidak dapat melepaskan diri dari cybersex, dan melakukan aktiviti seksual online (melayan laman porno) lebih kurang 5 hingga 7 jam seminggu, atau dua kali lebih banyak dari responden lain.

“Aktiviti yang mereka lakukan bermacam-macam. Yang paling banyak adalah menjelajahi laman porno dan melakukan chatting seks.” Ujar Cooper sambil menjelaskan bahawa orang-orang itu mengaku mengakses seks online untuk melepaskan stress, bukan mencari hiburan atau informasi seks lain. “Kini, semakin ramai yang memilih seks online dan bukan bercampur dengan kawan-kawan,” lanjut Cooper. “Sebenarnya banyak cara menghilangkan stress yang lebih sihat.” Namun dikatakan Cooper, apa yang dinikmati secara online itu tidak selalu ingin mereka lakukan dalam kehidupan seharian. “Mereka mungkin menikmati tayangan atau gambar seks yang tidak wajar seperti melakukannya dengan binatang, seks beramai-ramai atau seks sejenis, namun mereka kebanyakan tidak ingin melakukannya dalam kehidupan mereka,” hujah Cooper. “Perkara ini menunjukkan perbezaan kehidupan online dan offline,” kata Cooper. “Internet mungkin memberi keuntungan kerana anda tidak perlu mencuba hal-hal ganjil, namun fantasi yang ditinggalkannya mungkin akan mengganggu dan menimbulkan kekeliruan dan tingkah-laku seksual mereka. “Gangguan tersebut menurut Cooper, akan mula mula ketara ketika seseorang tidak dapat meninggalkan kebiasaan beraktiviti online, atau memilih ‘bercumbu’ dengan komputer daripada melakukan aktiviti seksual dengan pasangannya. Perkara ini ditegaskan dengan penemuan Cooper bahawa responden yang ketagih pada cybersex kurang menikmati aktiviti seksualnya dalam kehidupan sebenar. Mereka seolah-olah memiliki dua kehidupan seksual yang berbeza; online dan offline. Statistik antara bulan Disember 1999 dan Februari 2001 menunjukkan pengunjung laman web seks meningkat lebih dari 27% sehingga mencapai 28 juta orang dari 22 juta sebelumnya. Padahal pada waktu yang sama, jumlah pengunjung laman web perniagaan hanya separuh dari jumlah tersebut.

“Kami meramalkan jumlah itu akan terus bertambah,” kata Cooper yang melakukan kajian lebih luas lagi, melibatkan responden wanita yang dikatakan agak kurang ketagih dengan cybersex.

Sumber : Shah / Petikan Pelbagai Sumber

Wednesday, 14 December 2011

MATI PUCUK


Penyeksaan Batin Seorang Lelaki

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda berbanding di benua lain. Sebagai contoh di negara China iaitu ketika berusia 42 tahun, manakala di Jepun dan Malaysia pula ketika berumur 44 tahun. Lebih mengejutkan, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghidapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia dikatakan berpotensi untuk menghadapi masalah tersebut.


         Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Mati pucuk boleh terjadi dalam bermacam bentuk seperti mati pucuk sepenuhnya, tidak berupaya untuk menegang dengan konsisten atau ketegangan yang hanya bersifat sementara. Keadaan ini menyebabkan pakar sukar meramalkan sebarang insiden yang boleh dikatakan sebagai mati pucuk pada seorang lelaki.

Meskipun ia satu masalah yang kerap dihadapi namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya dalam masyarakat Asia. Ramai beranggapan ‘kejantanan’ lekaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olok, penghidap lemah tenaga batin sanggup menderita dalam diam. Lelaki yang menghidap masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah pencegahan. Walaupun, ia penyakit serius tetapi masih boleh diubati. Adalah perlu berjumpa pakar urologi atau sakit tuan jika terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat segera.

Kebanyakan pesakit di Asia gemar mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional seperti berurut, minum air tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak sumbu dan ubat-ubat tradisional lain. Tidak dinafikan cara-cara tradisional boleh membantu tetapi fungsinya tidak sama. Sebagai contoh urutan membantu daya ketegangan apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar  tetapi ia tidak meningkatkan ghairah seks. Sementara amalan memakan ubat-ubat tradisional boleh meningkatkan libido tetapi tidak dapat membantu ketegangan. Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan perlu jalan seiring.

Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Kencing manis merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan mati pucuk. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.

Selain berpunca daripada keadaan fizikal, faktor psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak bahagia juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ini. Tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan dan ketegangan fikiran.

Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit angin ahmar dan trauma akibat kecederaan pelvik serta tulang belakang. Pembedahan untuk penyakit prostat dan terapi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripkan untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah.

Para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki yang menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal. Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan masalah hati.

Menurut kajian yang dijalankan berkaitan rawatan lemah tenaga batin dia Asia, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan (hypertension), 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidapi diabetes jenis 11, 9 peratus menghidap penyakit vaskular, sembilan peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus menghidap keadaan psikitrik, 7 peratus menghidap trauma pelvik dan dua peratus megalami kecederaan tulang belakang.

Merokok boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

Terdapat beberapa pilihan untuk merawat masalah lemah tenaga batin. Ini termasuk alat mekanikal (contohnya pam vakum dan protesis zakar yang ditanam), pembedahan untuk membetulkan masalah pengalitan, suntikan yang boleh dilakukan sendiri atas nasihat pakar dan pengubatan biasa. Jika didapati penyebab fizikal bukan punca lemah tenaga batin, kaunseling dan psikoterapi boleh membantu meredakan masalah. Biasanya, bagi lelaki yang mengalaminya akibat fizikal dan psikologi, gabungan kaunseling dan rawatan lain diperlukan.

Satu lagi cara rawatan terbaru yang hangat diperkatakan ialah pil Viagra. Tetapi awas, Viagra bukan untuk sembarangan orang. Ia tidak digalakkan untuk orang muda sebaliknya untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Pengambilannya pula mestilah melalui pemeriksaan dan nasihat doktor kerana kesan-kesan sampingan seperti buta warna, tekanan darah rendah, sakit kepala, ketidakselesaan, bintik-bintik merah di badan dan sebagainya boleh memberikan kesan yang buruk. Lebih bahaya jika penghidapnya pula menghidapi penyakit-penyakit lain khususnya sakit jantung yang memang kita tahu pesakit lemah tenaga batin memang mempunyai penyakit lain.

Sumber : Haradian Shah Hamdan

Tuesday, 13 December 2011

TIDAK PUAS SEKS PUNCA KERUNTUHAN RUMAH TANGGA



Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.
Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.
Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.
Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.
“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.
“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.
Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.
Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.
Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.
~ Kosmo

Monday, 12 December 2011

TEWAS DI RANJANG BOLING


Penyertaan dibuka sekarang. Sila hubungi Urusetia Pertandingan atau Hubungi 012-7585800

KEISTIMEWAAN WANITA



Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

Sumber : http://zharifalimin.blogspot.com