Thursday 15 December 2011

SEKS ONLINE


KETAGIH CYBERSEX BOLEH MENURUNKAN AKTIVITI SEKSUAL

Hampir 6.5 peratus lelaki pengguna internet ternyata merupakan penggemar cybersex yang memiliki fantasi seks online., sangat tinggi sehingga berpotensi mengganggu kehidupan offline mereka (sebenar).



Begitulah hasil sebuah kajian yang diumumkan di San Francisco, Amerika Syarikat. “Kami mendapati ramai yang menggunakan internet untuk aktiviti seksual terutama melihat gambar bogel dan cerita-cerita erotik. Kami menjalankan kajian sejauh mana hal itu mengganggu kehidupan mereka,” ujar Dr. Al Cooper pemimpin kajian dari Marital and Sexuality Center, San Jose, California. Cooper, yang telah beberapa kali mengetuai penyelidikan dunia seks di internet, mengatakan kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti mereka yang berisiko mengalami ketagihan cybersex. Setelah anggaran dibuat dari 40,000 jawapan dan pendapat yang dikirimkan ke laman web MSNBC, Cooper mendapati dari 7000 responden lelaki, sebanyak 384 mengakui memiliki masalah aktiviti seksual online. Responden kelompok kecil itu mengakui bahawa mereka tidak dapat melepaskan diri dari cybersex, dan melakukan aktiviti seksual online (melayan laman porno) lebih kurang 5 hingga 7 jam seminggu, atau dua kali lebih banyak dari responden lain.

“Aktiviti yang mereka lakukan bermacam-macam. Yang paling banyak adalah menjelajahi laman porno dan melakukan chatting seks.” Ujar Cooper sambil menjelaskan bahawa orang-orang itu mengaku mengakses seks online untuk melepaskan stress, bukan mencari hiburan atau informasi seks lain. “Kini, semakin ramai yang memilih seks online dan bukan bercampur dengan kawan-kawan,” lanjut Cooper. “Sebenarnya banyak cara menghilangkan stress yang lebih sihat.” Namun dikatakan Cooper, apa yang dinikmati secara online itu tidak selalu ingin mereka lakukan dalam kehidupan seharian. “Mereka mungkin menikmati tayangan atau gambar seks yang tidak wajar seperti melakukannya dengan binatang, seks beramai-ramai atau seks sejenis, namun mereka kebanyakan tidak ingin melakukannya dalam kehidupan mereka,” hujah Cooper. “Perkara ini menunjukkan perbezaan kehidupan online dan offline,” kata Cooper. “Internet mungkin memberi keuntungan kerana anda tidak perlu mencuba hal-hal ganjil, namun fantasi yang ditinggalkannya mungkin akan mengganggu dan menimbulkan kekeliruan dan tingkah-laku seksual mereka. “Gangguan tersebut menurut Cooper, akan mula mula ketara ketika seseorang tidak dapat meninggalkan kebiasaan beraktiviti online, atau memilih ‘bercumbu’ dengan komputer daripada melakukan aktiviti seksual dengan pasangannya. Perkara ini ditegaskan dengan penemuan Cooper bahawa responden yang ketagih pada cybersex kurang menikmati aktiviti seksualnya dalam kehidupan sebenar. Mereka seolah-olah memiliki dua kehidupan seksual yang berbeza; online dan offline. Statistik antara bulan Disember 1999 dan Februari 2001 menunjukkan pengunjung laman web seks meningkat lebih dari 27% sehingga mencapai 28 juta orang dari 22 juta sebelumnya. Padahal pada waktu yang sama, jumlah pengunjung laman web perniagaan hanya separuh dari jumlah tersebut.

“Kami meramalkan jumlah itu akan terus bertambah,” kata Cooper yang melakukan kajian lebih luas lagi, melibatkan responden wanita yang dikatakan agak kurang ketagih dengan cybersex.

Sumber : Shah / Petikan Pelbagai Sumber