Saturday, 23 March 2013

RAHSIA HIDUP BAHAGIA SUAMI ISTERI


Pasangan suami isteri sering mencari petua hidup bahagia. Untuk hidup bahagia suami isteri haruslah saling memahami dan sepakat dalam perhubungan. Banyak panduan, tips, bagaimana cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup bahagia suami isteri ini. Namun untuk hidup bahagia dalam rumahtangga suami isteri haruslah sentiasa menghormati pasangan, saling memahami dan bertolak ansur sesama manusia suami dan isteri. Sentiasa berdoa pada Allah mendapat hidup bahagia suami isteri merupakan cara yang paling ampuh sebagai petua hidup bahagia dalam keluarga. Dengan sentiasa pada Allah, moga Allah kurniakan kehidupan yang bahagia, aman dan mendapat rahmat serta redha dari Allah. InsyaAllah.

Panduan, tips, bagaimana cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup bahagia suami isteri yang boleh dipraktikkan oleh suami dan isteri ialah seperti di bawah.

Rahsia Untuk Hidup Bahagia

1.    Tinggalkan sifat PEMARAH – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2.    Tinggalkan sifat PENDENDAM – Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.    Tinggalkan sifat HASAD DENGKI – Amalannya hangus akibat hasad dengki itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.    Tinggalkan sifat BAKHIL -  Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5.    Tinggalkan sifat TAMAK – Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lahipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.    Tinggalkan sifat TIDAK SABAR – Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7.    Tinggalkan sifat EGO -  Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoaan tersebut.

8.    Tinggalkan sifat RIAK -  Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak,  takabbur dengan apa yang kita ada.

Demikian 8 panduan, tips, bagaimana cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup bahagia suami isteri yang boleh dipraktikkan oleh suami isteri. Baik pihak suami ataupun pihak isteri harus benar-benar memahami panduan, tips, bagaimana cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup bahagia suami isteri ini.

Setelah memahaminya, usahalah untuk melakukan dengan terbaik untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara buruk atau sifat-sifat buruk yang dinyatakan dalam rahsia hidup bahagia di atas.

Semoga anda dan pasangan berjaya hidup bahagia.