Pasangan
suami isteri sering mencari petua hidup bahagia. Untuk hidup bahagia suami
isteri haruslah saling memahami dan sepakat dalam perhubungan. Banyak panduan,
tips, bagaimana cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup bahagia suami
isteri ini. Namun untuk hidup bahagia dalam rumahtangga suami isteri haruslah
sentiasa menghormati pasangan, saling memahami dan bertolak ansur sesama
manusia suami dan isteri. Sentiasa berdoa pada Allah mendapat hidup bahagia
suami isteri merupakan cara yang paling ampuh sebagai petua hidup bahagia dalam
keluarga. Dengan sentiasa pada Allah, moga Allah kurniakan kehidupan yang
bahagia, aman dan mendapat rahmat serta redha dari Allah. InsyaAllah.
Panduan,
tips, bagaimana cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup bahagia suami
isteri yang boleh dipraktikkan oleh suami dan isteri ialah seperti di bawah.
Rahsia
Untuk Hidup Bahagia
1. Tinggalkan sifat PEMARAH –
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang
seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
2. Tinggalkan sifat PENDENDAM –
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta
secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Tinggalkan sifat HASAD
DENGKI – Amalannya hangus akibat hasad dengki itu kerana ia memiliki sifat
ketuhanan.
4. Tinggalkan sifat BAKHIL
- Sentiasa merasakan orang lain
menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.. Contohnya
sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq
tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun
fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tinggalkan sifat TAMAK –
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang
banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum
tetap tidak habis juga (lahipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan
harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak
diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki (mungkin ada hak orang
lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu
dapat dimanfaatkan.
6. Tinggalkan sifat TIDAK SABAR
– Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang
lebih besar.
7. Tinggalkan sifat EGO - Ibu segala mazmummah, membuatkan
seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar
dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma
tinggi atau rendah tahap keegoaan tersebut.
8. Tinggalkan sifat RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika
ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalnya. Allah murka kalau kita riak,
takabbur dengan apa yang kita ada.
Demikian
8 panduan, tips, bagaimana cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup
bahagia suami isteri yang boleh dipraktikkan oleh suami isteri. Baik pihak
suami ataupun pihak isteri harus benar-benar memahami panduan, tips, bagaimana
cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup bahagia suami isteri ini.
Setelah
memahaminya, usahalah untuk melakukan dengan terbaik untuk mengelakkan diri
dari melakukan perkara-perkara buruk atau sifat-sifat buruk yang dinyatakan
dalam rahsia hidup bahagia di atas.
Semoga
anda dan pasangan berjaya hidup bahagia.