Wednesday, 31 August 2011

EJAKULASI PRAMATANG

Ejakulasi Pra-matang (PE) Masalah Lelaki ‘SEMINIT’

Dewasa ini ramai lelaki yang kini mengalami masalah lebih serius iaitu MALU berjumpa doktor (kerana mungkin menganggap diri mereka tidak macho jika berbuat demikian) disebabkan menderita ejakulasi pra-matang dan disfungsi ereksi (ED). Tidak seperti ED yang lebih banyak di kalangan veteran, PE merupakan aduan disfungsi seksual paling utama terutamanya di kalangan lelaki muda berusia 40 tahun ke bawah. Malah, lebih ramai lelaki berpelajaran tinggi yang menghidapinya. Lebih menyedihkan, ia turut menjejaskan potensi pasangan untuk mendapatkan zuriat. Mari kita lihat dan dengar apa masalah sebenarnya dengan gangguan kesihatan lelaki yang satu ini.

“Suami saya mempunyai banyak persamaan dengan SUPERMAN... Kedua-duanya begitu CEPAT”. Malah, “ia selalunya berlaku SEBELUM pun sempat saya memasuki bilik tidur”. Kadangkala, “dengan hanya MENCAKAR belakang saya, dia sudah mencapai KLIMAKSnya”.

“Ada ketikanya saya merasakan seperti BANK SPERMA sahaja, dia buat DEPOSIT dan pergi begitu sahaja”. “Pernah tengok ARNAB BERLARI? Mula dan tamat! Macam tulah”. “Saya pernah menyuarakan untuk menemaninya berjumpa doktor, ada sesuatu yang boleh dilakukan berkenaan dengannya”. Tetapi dia ENGGAN dan hanya tahu meminta maaf serta mengulangi janjinya untuk berusah lebih di lain masa”, begitulah lebih kurang KEHAMPAAN seorang isteri  yang mana suaminya bermasalah PE.